Memburu Kelah Merah (Red Mahseer)
Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut (8 - 10 Mac 2013)
Seminggu dari tarikh untuk ke Kuala Tahan, dadaku sudah dilanda degup yang seakan tidak sabar untuk kesana. Dalam aku termenung dan melayan jauh, tetiba fikiranku terdetik dan tetiba aku berdebar sebab aku baru ingat yang cutiku belum dipohon tetapi terima kasih 'bos' sebab luluskan ha ha ha ha.. jom mengembara ke Taman Negara Kuala Tahan (Jerantut Entrance)
Perjalanan yang memakan masa dua jam dari Kuala Lumpur (8.45 pagi) ke Jerantut (10.45 pagi) tak lah memenatkan, setibanya di pekan Jerantut, kami singgah duhulu di kedai pancing di belakang Petronas untuk beli aper yang kurang, kebetulan Wan (Tebuan Tanah) memesan Fishing Line 80lbs, buat aku rasa semacam, besar agaknya ikan yang nak dipancingnya sebab biasanya aku hanya guna 25lbs sahaja setakat ikan 5-10 kilo, ermmm membuatkan taraf keghairahan makin memuncak.
Beberapa kilometer dari pekan Jerantut kami menghala ke persimpangan Taman Negara (Menghala Maran) yang mana terpaksa memandu 60 kilometer dari persimpangan menuju ker Jeti Taman Negara, fuhhh pemanduan yang menyeronokkan dengan laluan berliku hanya Faiza sahaja yang mampu untuk menceritakan segalanya, kelajuan dengan jalan yang berliku begitu mencabar tayar 225/45/17 apabila sekali sekala berselisih dengan lori balak, tetapi apapun pada jam 12.450 kami selamat tiba di tempat yang ditujui, kagum juga apabila setelah meredah jalan yang dikiri kanan hanya hutan tetiba sahaja berubah dengan suasana yang agak ramai pelancong dari luar dan tempatan. Jeti yang lengkap dengan papan tanda Moden malah tersedia dengan kemudahan tandas awam yang selesa, bersih dan besar.
Restoran-restoran terapung yang agak banyak membuatkan banyak pilihan untuk kita menikmati menu-menu tradisional tempatan, masakan Melayu malah juga ada masakan barat. Dengan layanan Mak Cik yang mesra, harga makanan dan minuman yang murah dan apa yang lebih menarik suasana berangin yang nyaman membuatkan kita seolah lupa segala urusan di Kuala Lumpur.


Dengan perut yang masih kenyang, kami memunggah segala peralatan dan kelengkapan untuk tiga hari dua malam, kami menggunakan perahu yang sama untuk mudik jauh ke hulu untuk mencari tapak yang sesuai untuk mendirikan kemah dan tempat yang sesuai juga untuk mmancing. Wan menceritakan dan menyarankan satu tempat yang agak popular dikalangan pengunjung yang juga kaki joran, kami setuju sahaja dan kami pun berkemah sahaja di tempat yang dinyatakan, memang terbaik. Cuma tiada tandas awam sahaja, yang lain semua terbaik... dalam masa mendirikan kemah joran tidak mengambil masa yang lama untuk dilabuhkan agar menjelang senja mungkin ada rezeki untuk makan malam. Best memang best..

Dengan tidur yang hanya beberapa detik, kami dengan penuh bertenaga bersiap untuk menyusur Sungai Keniam yang terletak di dalam sempadan Taman Negara dan ini bermakna kami akan memasuki kawasan larangan. Dengan permit yang ada maka kami punyai kebenaran untuk menerjah hingga kedasar sungai ini, maka Angah mengemudi perahunya memasuki kuala dan terus kami rasa perubahannya. Sungai yang dirimbuni oleh pokok-pokok segar menghijau, air yang jernih sehingga menampakkan dasarnya yang dihampari oleh batu-batu sungai berlumut hijau pekat sehinggakan menampakkan kengerian bila ditempat yang agak dalam. Ini adalah kerana airnya nampak kehitaman dan dan fikiran boleh terbayang macam-macam.. seperti buaya ganas yang sedang mengintai kita atau ular sawa malah terbayang anakonda sedang tunggu menghendap apatah lagi Wan yang berdaging dan Faiza yang bertulang manis.
Kekadang perjalanan kami terganggu dengan jeram-jeram yang berarus deras, tempat-tempat yang perahu terpaksa ditarik mahupun ditolak, sungai yang lebar tetapi alur yang sesuai dilalui oleh perahu yang hanya selebar dua depa kekadang boleh mengundang bahaya. Perahu boleh pecah mahupun terbalik dan ini tidak pelik bila ianya berlaku disini. Tetapi aku merasa kagum dengan Angah dan Asraf yang begitu bijak mengendali perahu kurus itu dalam menongkah arus yang laju, kami terpaksa turun dari perahu lebih kurang tujuh hingga sepuluh kali kerana air dam semakin cetek bila semakin kehulu tetapi kata orang makin kehulu makin banyak dan besar ikan kelah merah ini (Red Mahseer). Tetapi rasa seperti tidak sanggupuntuk mengharungi dan menarik perahu dengan arus yang deras dan batu yang berlumut. Mudahan aku dapat melihat, menyentuh dan merasa ikan yang juga dikenali Raja Hulu Sungai ini.
Setelah jumpa tempat yang sesuai, kami menyediakan segala keperluan yang sesuai seperti kelengkapan joran dan umpan. Umpan memang diproses istimewa iaitu sawit rendam yang sememangnya popular untuk menawan kelah yang semakin bijak untuk ditawan. Tangkap dan lepas (Catch & Release) adalah konsep yang saya sarankan, ini adalah kerana untuk menjaga spesis ini dari terus terancam dan akan mengalami kepupusan, tawaran harga yang tinggi akan membuatkan orang ramai berusaha untuk mendapatkannya sama ada untuk dijual sebagai makanan atau hiasan peliharaan. Pujian patut diberikan kepada Jabatan Perhilitan Pahang khususnya Jerantut kerana terus berusaha untuk menjada keharmonian Taman Negara Kuala Tahan ini.

Adanya insan seperti Angah, Saiful dan Asraf yang selalu membawa kaki pancing kesini malah ke kawasan-kawasan sekitar yang mampu memberi kepuasan kepada kaki-kaki pancing dan dalam masa yang sama mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Perhilitan dan pihak-pihak berwajib akan menjadikan khazanah berharga ini akan masih dinikmati oleh generasi-generasi yang akan datang.

or
at Facebook Mae Pok https://www.facebook.com/mae.pok
akhir sekali jutaan trima kasih diucapkan kepada Pak Cik Alias (Kampung Pagi) diatas layanan yang baik dan Masakan Ikan Patin Gulai Tempoyak.. the best ever and will missing that.